Dah gila agaknya orang ni...

Monday, May 16, 2011

Assalamualaikum....

Sebelum apa-apa ingin sekali aku ketawa berdekah2....apa masih wujud orang seperti ini...Jahil rupanya...Bak kata anemoworld...gerombolan songkok tinggi...Ish2...jahatnya mulut...aku pun laser juga..tapi tak da sampai mention nama orang tu...hari tu kementerian dalam negeri dah warning UTUSAN..mungkin kali ni WARNING BERITA HARIAN....

Aku malas nk crita tp korang baca sendiri ek...

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KenyataanNikAzizbelaAnwarmelampau/Article

Setahu aku, TGNA cakap dia penuh berlapik...bukan main taram ja...Kalo dia bercakap, ada makna disebalik...bukan untuk menyakiti secara terus...Itu bukan cara ISLAM..

yang aku pelik, sedap2 mengata TGNA, tapi letak nama samaran...kenapa?Takut?Malu?Biar orang tahu n marah kita. Kita akan insaf lepas tu..Ingat Allah tahu tau...Allah tahu apa anda lakukan...Saya begitu sedih dengan anda...

Yang aku pelik lagi.. berita harian boleh siar plak ek?Aku rasa belambak kot orang hina menteri yang BN tapi tak pula disiarkan..Kenapa?Takut kena gam ke?Nampak sangat berlaku diskriminasi..Kata adil n saksama..

Kepada yang menghina sesuka hati tu, bertaubat la...Lantak la dia nk cakap apa pun..kurang2 dia tak berdosa dengan ko n orang lain..Dari ko yang dapat dosa free2 je... Better ko minta maaf sebelum ko mati...Ko dah dikira fitnah...

BERITA HARIAN< SILA TAPIS AKHBAR ANDA>

Ct...Siti...Donate?Show?hurm...

Thursday, May 12, 2011

Datuk K ni mulut senyum lebar..tp mata mcm kerling2 kat tgn siti jer...Jeles ke Datuk?hehe

Assalamualaikum....

Ehem...Pertama skali tahniah aku ucapkan kepada penyanyi Feveret aku kerana "anak angkat" beliau Simply Siti telah pun berusia setahun....

Lebih menggembirakan lagi...sangat hepi la....macam2 agenda Ct utk tahun ni....bz kot aku rasa...compare dengan sebelum ni Ct nk fokus pada rumah tangga dia..hurm...nak pikat datuk K la..supaya Datuk K benar2 melekat...ingat senang nk pikat suami..hikhik..Kali ni Ct kembali aktif..

Apa jadual dia...Hikhik...sila tengok di bawah ini...
1. Siti bakal ada konsert kat JAKARTA..bila?NEXT MONTH...so, jom p INDONESIA...tp boleh ke dapat tiket?Orang indonesia yang minat siti bagai nak rak pun dh berlambak...huhu..Siti gak akan gabung dengan pemuzik Erwin Gutawa...wow....Aku rasa semua pemuzik nk kerjasama dengan dia kan?Boleh wat duit tu..hikhik...Jurumekap?hurm...entah..tak plak aku cari gali..hahaha
2. Siti akan terbit album sulungnya...Album sulung Bahasa Inggeris la...Siti cakap, album ni sebagai bukti yg siti boleh nyanyi n cakap bahasa Inggeris..Siti gak cakap dia dh get ready dia punya baju kalis peluru...Sapa nk kritik, kritik la...dia tak heran...hahaa..Aku?Mana leh aku kritik..dia artis feveret aku..hahaha Bias btul....huhu :p
3. Siti akan adakan majlis ulang tahun SS kat UiTM...

So, aku nk crita skit pasal malam gala ni...Malam gala ni adalah bekerjasama dengan Fakulti Pengajian Media & Komunikasi, Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik, Fakulti Muzik dan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka. Mereka akan terbabit dari segi persembahan dan pakaian yang Siti pakai malam itu juga akan direka oleh mereka.

Ni bukan malam suka2 je ok....tp untuk tujuan amal iaitu mengumpul dana bagi Tabung Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM bagi membantu membiayai pelajar yang berpotensi tetapi kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke UiTM.

So, sapa2 yang nk p...nk dpt tiket free....senang je...p bli produk SS n contact 03-55444860 bermula 1 Jun depan....


Bencana oh bencana....


Assalamualaikum.....

Kali ini bencana melanda Spain or Sepanyol... Gempa berukuran 5.1 magnitud ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya lapan orang setakat ini di selatan Sepanyol dengan beberapa bangunan bersejarah turut runtuh dan ini dianggap yang terburuk sejak lima dekad lalu di Sepanyol dengan angka awal menyebut 10 orang terbunuh dan sehingga kini 10,000 penduduk sudah dipindahkan ke pusat sementara di tengah bandar raya berkenaan.

Gegaran ini juga turut dirasai sejauh ibu negara, Madrid.

Kepada seluruh masyarakat, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah bagi yang umat Islam yang terkorban....Moga mereka ditempatkan dikalangan orang beriman...serta doakan tiada gempa lagi yang berlaku..

Dunia Akhir zaman...hari-hari ada berita pasal bencana alam... Dunia sudah tua.. Bencana alam = Sakit tua... Marilah kita menambah amal ibadat....

Hantaq Guru BM p Luaq NegaRa

Tuesday, May 10, 2011

wah...GILA la weh...aku salute.....

Malaysian Danish Association (MDA) beri cadangan untuk buka satu kelas and ajar anak-anak orang Melayu cakap bahasa MELAYU...Cadangan ni pernah diutarakan oleh orang Melayu kat London..tapi di pandang sepi...tapi kali ni kerajaan betul2 serius... AKU SOKONG....

Langkah ini produktif...sangat2 best....Setidaknya BAHASA IBUNDA kita dapat dipelajari dipelusuk dunia...Sekarang ni sasaran adalah anak-anak orang MALAYSIA yang dok obersi yang tak reti2 nak balik...Aku harap, ianya dapat dikembangkan lagi kepada mak bapak budak tu..Ingat orang dok bertahun tahun kat sana fasih lagi ka cakap melayu...kalo kawin yang orang melayu..fasih la kot... KAlo kahwin ngan omputim...Aku rasa terbelit dah kot..

Pada aku, langkah ini juga mampu untuk mendedahkan penduduk tetap negara tu untuk belajar bahasa kita...Hangpa pun tau kan..omputih ni suka explore...Suka belajar..jadi tak salah kalo kerajaan buka kelas Bahasa MElayu kat negara luar... SETIDAKNYA aku tak payah cakap omputih kalo p negara omputih.. hikhik.

TABIK SPRING TUK KERAJAAN MALAYSIA... toing....toing...

Bila la ISRAEL nk digelar pengganas ye?


Nampak tak? Kecik?Kalo kecik p bli newspaper Berita Harian 10 May 2011....

Apa aku nak berleter hari ni adalah seperti tajuk di atas...

Semua orang tahu,selagi US dok perasan diri dia kuasa besar, selagi itu la semua negara Islam ni pengganas...GILA KOT...Satu dunia tahu yang pengganas ni US, Israel...Suka2 ahti mak bapak tok nek moyang dia ja dok masuk negara orang...apa kes?Aku tahu la depa ni nak musnahkan ISLAM...nak kata pemimpin-pemimpin dunia tak bertindak, huh,dah berbuih kot aku rasa....hangpa rasa la kan, depa ni nak kena wat lagu mana ek?

Setahu aku la...ISRAEL sebuah penduduk yang paling pengganas..awat nato tak p serang...bunuh orang suka hati dia ja..apa depa wat kat dia pun tak tau..mmg DAJAL...IBLIS..oppssss terlupa yang depa ni mmg dah dilaknat Allah..hati depa dah dimatikan Allah...

Lagi negara-negara ganas yang kejam nak mampus adalah MEXICO...haaaa hangpa semua sure tau kan?Gila kot suka2 hati tembak kerat orang...Jual dadah sana sini...awat itu tak mau kawal... itu AMERIKA LATIN...p la sibuk benua sendiri...p settle masalah yang pemimpin dia sendiri tak leh settle...yang dok sibuk dok kaco negara Arab pasai pa..kot US nk minyak pn.. ckp la..awat?malu ka?ka takut?

Haish...dunia-dunia...Orang Islam..mari kita kuatkan pegangan kita...JGN DOK BELI PRODUK ISRAEL yang boleh jana pendapatan dia n musnahkan penduduk NEGARA PALESTIN..

Menteri mana boleh tandingi beliau?? @_@

Monday, May 9, 2011

Tadaaaaa......

Kali ni aku nak cerita skit tentang pemimpin fav aku... sapa lagi kalo bukan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat...Alah MENTERI BESAR KELANTAN tu...

uish..jgn ckp aku ada darah org kelantan, aku sokong...dak aih...aku ada fikiran..aku nilai guna akal aku walaupun ada newspaper haprak..

Nak tau pasai pa aku kagum? tengok gambar tu..
Aku tak mau cakap panjang...penat kot taip...berat kot dosa...cuma aku boleh cakap cuba hangpa perati dari segi sifat taqwan tawaduq...Orang kenamaan mana yang rela pakai serban mcm nk lunyai?orang kenamaan mana yang rasa tak kisah pakai baju pagoda...Kalo la TGNA selisih sebelah..mesti hangpa cakap kan..pak cik ni dah tua2 dok la umah..huhu..

Aku salute beb....SALUTE gila...lagi satu..cuba korang surf SULTAN KELANTAN...wahh...lagi bombastik...SANGAT2 HUMBLE...macam mana menteri besar dia...macam tu sultan dia...so rakyat pun humble gak...

Eh, jap..ada lagi...hangpa baca balik ayat aku atas tu..."rakyat pun humble" itu bermakna..rakyat kelantan kaya...yahoo....Kalo Sultan Kelantan pun pakai baju pagoda masuk kampung, menteri besar pun pakai baju pagoda... Kalo Sultan Kelantan pakai kopiah n jubah putih untuk mencemar duli kat kampung2...takkan rakyat pakai macam orang nak menikah kan?maknanya..tak heran la org KELANTAN pakai baju PAGODA..sebab rakyat kena ikut pemimpin..Sultan yang kaya pun hidup dalam sederhana, takkan rakyat nak lebih2 kan????? hurm....

Aku harap lepas ni tak da la ya org kata KELANTAN tu miskin...depa bukan miskin k..depa tu humble...HIDUP BERSEDERHANA...tak men la dok hotel satu mlm 10juta?eh?ada ka? opsss....

Isu Tak Munasabah.....


Sekarang ni isu ini plak... Kristian Agama Rasmi...
Isu ni paper ni yg start dulu..kononnya salah sorang ahli DAP yang anjurkan..pas tu p merebak kot len...Secara tidak langsung newpaper ni menunjukkan kelemahan kerajaan kita...Apa dia? Pertama, kalo tentang hal masyarakat..isu air la..apa la kat kawasan parti ^&*^$@$^* bukan men hebat lagi wartawan serbu menteri itu ini.. ni sampai la..habuk pun tarak..isu ni dekat seminggu dah... Adakah bila soal agama sorang menteri yang suka cakap lancang tak bersuara...ni hal agama bebbbbbbbbbbb....bukan leh main2...tengok apa depa nk wat?nak jadikan agama Kristian sebagai agama rasmi?oh nooooo...

Isu PAS nk jadikan Malaysia sebuah negara yang betul-betul memegang dasar Islam, amboi..banyak btul menteri mulut celupaq bersuara...awat ni dok diam ja..opsss..salah..awat wartawan dok diam ja..mati langkah ka patah kaki..ka p dok langgah arak sekaki? opssss...

Isu ni harus dipandang berat......Aku ada baca akhbar tu...ada org tu kata.. "itu cuma ikrar...bukan nk jadikan.." uish...apa ke mangkuknya cakap macam tu..sudah murtad ka? ikrar MEAN mmg berniat nk jadikan Malaysia sebuah negara kristian...WHAT FOR??!!!!...aku tak menghina agama tp aku menyelar tindakan terhegeh2...Bila parti PAS ikrar,amboi...awat banyak sangat mulut celupaq...tak sayang Rasulullah ka?

Kalo wartawan n orang atas tak leh wat, tak pa...Aku seru semua masyarakat ISLAM kt M'SIA..mari kita kuatkan IMAN kita..kita berjuang habis-habisan ISLAM agama rasmi..

Hangpa nk kata aku kecoh?kata la weh....bukan aku kecoh...aku cuma bg pendapat apa yg akhbar tu kecoh... SALUTE bebbbbbbb..

Yeeehaaa...mari beramai p disco..mari kita sedut kencing setan..huahuahua..

Hadiah Umi kepada ku sempena Hari Ibu...

Setiap Ahad pertama bulan Mei, kita akan menyambut hari ibu secara besar-besaran...Actually hari ibu ni hari-hari untuk kita...Mmg nampak hari ibu ni org barat yang lakukan...Tp kita sebagai org Islam boleh amalkan..kerana IBU..

Sebagai seorang anak perempuan yang belum berkahwin, sudah pasti umi dan abah dihati...Itu hanya dibibir..bagaimana di hati?Sebagai seorang anak lelaki pula, sememangnya IBU adalah tunggak utama...lebih utama dari bapanya sendiri..lebih utama dari isterinya juga...

Saat saya terjaga dari dibuai mimpi, saya hubungi UMI saya...ungkapan pertama saya...SELAMAT HARI IBU...lantas sepantas kilat umi saya jawab dengan nada yg gembira dan nada dihargai....."TERIMA KASIH... SELAMAT HARI ANAK juga..tak da ka hari utk anak..boleh umi wish"

Terkedu n mengalir air mata saya seketika itu hingga kini.. Masih terngiang-ngiang kata-kata itu hingga kini..Seorang ibu wish selamat hari anak. Sayangnya umi pada saya..Sehingga wish pada saya...Tatkala saya mendengar suara umi saya tadi, saya dapat rasakan gembiranya umi saya...saya dapat rasakan sakitnya umi lahirkan saya 25 tahun dulu hilang..lelahnya hilang..

Teman-temanku di FB...Wish la Selamat hari ibu kepada ibu-anda...bagi yang telah kehilangan ibu, sedekahkan Al-Fatihah untuknya...Kalo anda sibuk bagaimana pun, bagi la masa 10 saat untuk ucapkan SELAMAT HARI IBU kepada ibu anda..

Sekiranya anda marah pada ibu anda..Anda nilailah sendiri penyataan bawah ini:

1: tatkala ibu anda marah anda, masihkah terhidang lauk kegemaran anda atas meja makan? Kalo bukan kegemaran pun, adakah masih terhidang lauk dan nasi yang cukup untuk anda dan keluarga?

2: tatkala ibu anda marah anda, masihkah dia suruh anda makan,ajak anda makan walaupun dengan nada garang?

3: tatkala ibu anda marah anda, masihkan dia tanya duit blanja cukupkah?

4: tatkala ibu anda marah anda, masihkan dia doakan anda dlm solatnya?

5: tatkala ibu anda marah anda, masihkah ibu anda boleh tersenyum bersama ahli keluarga yang lain?

6: tatkala ibu anda marah anda, masihkah ibu anda lakukan rutin hariannya seperti biasa?

Terlalu banyak untuk aku ungkapkan di sini..Anda fikirlah..layakkah anda marahkan ibu anda sekiranya ibu anda marahkan anda..Adakah dia marahkan anda seperti anda marahkan dia?Setiap kali hati ibu kita disakiti, sakitnya bukan di hati saja tp sakitnya juga terasa saat dia kandungkan kita..saat dia lahirkan kita..

Teman-teman...Hubungilah ibu anda..Sayangilah ibu anda sebagaimana ibu kita sayangi kita setiap detik nafasnya...

SELAMAT HARI IBU, UMI, TERIMA KASIH KERANA LAHIRKAN ADIK N DOAKAN KEHIDUPAN ADIK...