Setiap Ahad pertama bulan Mei, kita akan menyambut hari ibu secara besar-besaran...Actually hari ibu ni hari-hari untuk kita...Mmg nampak hari ibu ni org barat yang lakukan...Tp kita sebagai org Islam boleh amalkan..kerana IBU..
Sebagai seorang anak perempuan yang belum berkahwin, sudah pasti umi dan abah dihati...Itu hanya dibibir..bagaimana di hati?Sebagai seorang anak lelaki pula, sememangnya IBU adalah tunggak utama...lebih utama dari bapanya sendiri..lebih utama dari isterinya juga...
Saat saya terjaga dari dibuai mimpi, saya hubungi UMI saya...ungkapan pertama saya...SELAMAT HARI IBU...lantas sepantas kilat umi saya jawab dengan nada yg gembira dan nada dihargai....."TERIMA KASIH... SELAMAT HARI ANAK juga..tak da ka hari utk anak..boleh umi wish"
Terkedu n mengalir air mata saya seketika itu hingga kini.. Masih terngiang-ngiang kata-kata itu hingga kini..Seorang ibu wish selamat hari anak. Sayangnya umi pada saya..Sehingga wish pada saya...Tatkala saya mendengar suara umi saya tadi, saya dapat rasakan gembiranya umi saya...saya dapat rasakan sakitnya umi lahirkan saya 25 tahun dulu hilang..lelahnya hilang..
Teman-temanku di FB...Wish la Selamat hari ibu kepada ibu-anda...bagi yang telah kehilangan ibu, sedekahkan Al-Fatihah untuknya...Kalo anda sibuk bagaimana pun, bagi la masa 10 saat untuk ucapkan SELAMAT HARI IBU kepada ibu anda..
Sekiranya anda marah pada ibu anda..Anda nilailah sendiri penyataan bawah ini:
1: tatkala ibu anda marah anda, masihkah terhidang lauk kegemaran anda atas meja makan? Kalo bukan kegemaran pun, adakah masih terhidang lauk dan nasi yang cukup untuk anda dan keluarga?
2: tatkala ibu anda marah anda, masihkah dia suruh anda makan,ajak anda makan walaupun dengan nada garang?
3: tatkala ibu anda marah anda, masihkan dia tanya duit blanja cukupkah?
4: tatkala ibu anda marah anda, masihkan dia doakan anda dlm solatnya?
5: tatkala ibu anda marah anda, masihkah ibu anda boleh tersenyum bersama ahli keluarga yang lain?
6: tatkala ibu anda marah anda, masihkah ibu anda lakukan rutin hariannya seperti biasa?
Terlalu banyak untuk aku ungkapkan di sini..Anda fikirlah..layakkah anda marahkan ibu anda sekiranya ibu anda marahkan anda..Adakah dia marahkan anda seperti anda marahkan dia?Setiap kali hati ibu kita disakiti, sakitnya bukan di hati saja tp sakitnya juga terasa saat dia kandungkan kita..saat dia lahirkan kita..
Teman-teman...Hubungilah ibu anda..Sayangilah ibu anda sebagaimana ibu kita sayangi kita setiap detik nafasnya...
SELAMAT HARI IBU, UMI, TERIMA KASIH KERANA LAHIRKAN ADIK N DOAKAN KEHIDUPAN ADIK...

0 comments:
Post a Comment